Search This Blog

PPPM 2013 - 2025



 Pelan ini terdiri daripada 3 peringkat gelombang utama: 

  1. Gelombang 1 (2013 - 2015)
    Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama.
  2. Gelomabng 2 (2016 - 2020)
    Memacu peningkatan sistem
  3. Gelombang 3 (2021 - 2025)
    Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi
 5 Aspirasi sitem ini ialah: 
  1. Akses
    100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada Prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.
  2. Kualiti
    Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran Antarabangsa seperti PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun.
  3. Ekuiti
    50% Pengurangan dalam jurang pencapaian yang menawarkan perkongisan pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
  4. Perpaduan
    Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
  5. Kecekapan
    Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.
 Melalui pelan ini, setiap murid dijangka akan mempunyai 6 aspirasi utama, iaitu: 
  1. Pengetahuan
  2. Kemahiran berfikir
  3. Kemahiran memimpin
  4. Kemahiran dwibahasa
  5. Etika dan kerohanian
  6. Identiti nasional
 14 inisiatif dalam menjayakan pelan ini ialah: 
  1. Memaksimakan keberhasilan murid bagi setiap RM yang dibelanjakan (penjajaran)
  2. Piagam guru
  3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
  4. Peningkatan kemahiran guru dan murid dalam Trends In International Mathematics and Science (TIMSS) dan Programme International Student Assessment (PISA).
  5. LINUS
  6. Standard garis aras infrastruktur.
  7. Program Transformasi Daerah (DTP)
  8. Enrolmen prasekolah
  9. Penglibatan ibubapa dan komuniti
  10. Pengukuhan fungsi teras organisasi dan penstrukturan semula KPM.
  11. Transformasi Pendidikan Vokasional
  12. 1BestariNet
  13. Program Peningkatan Profisiensi Guru Bahasa Inggeris
  14. Piagam Pemimpin Sekolah
 11 Anjakan utama dalam memperkasakan PPPM 
  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
  3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
  4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
  5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  7. Menfaatkan ICT bagi menigkatkan kualiti pembelajran di Malaysia.
  8. Mentranformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian.
  9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  11. Meningkat ketelusan untuk  kebertanggungjawaban awam secara langsung.

No comments:

Post a Comment